PESANAN yang tersebar di dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa protokol rawatan Covid-19 berubah menyusuli bedah siasat seorang pesakit koronavirus adalah tidak benar, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.
Pesanan tersebut silap mendakwa bahawa pihak berkuasa telah mendapati bahawa Covid-19 adalah "bakteria yang terdedah pada sinaran radiasi dan menyebabkan kematian manusia dengan penggumpalan dalam darah".





