SUDAH berulang kali emak berpesan jangan abaikan perhiasan ini. Perhiasan kepunyaan nenek moyang. Tujuh keturunan. Unik, antik dan bernilai tinggi. Tidak boleh dijual atau digadai. Emak keturunan kedelapan. Kami dua beradik keturunan kesembilan. Kalau dijaga dengan baik, dapat diturunkan dan diwarisi oleh keturunan kesepuluh dan keturunan-keturunan seterusnya.
Emak berpesan lagi, hanya anak sulung dalam keluarga yang boleh mewarisi perhiasan ini....





