SEORANG lelaki, 48 tahun, akan didakwa hari ini, atas kesalahan memberi maklumat palsu kepada polis.
Lelaki itu telah membuat laporan polis pada 6 Mac lalu dengan mendakwa salah seorang pekerjanya telah mencuri wang tunai sebanyak $2,800 daripada seorang teman kerja, lapor akhbar The Straits Times (ST).





