PENDUDUK tinggal di kawasan Bukit Merah View boleh menghadiri semula kelas memandu di Pusat Memandu Bukit Batok (BBDC) mulai semalam, jika mereka sudah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya.
Maklumat terkini daripada pusat itu diterbitkan di laman webnya kelmarin, selepas ia melarang pelanggan yang tinggal di kawasan Bukit Merah View memasuki premisnya sebelum ini, lapor akhbar The Straits Times (ST).





