POLITEKNIK Ngee Ann (NP) sedang merancang untuk mengadakan khidmat aduan bebas bagi staf, pelajar, ibu bapa dan pihak awam yang ingin membuat aduan terhadap kakitangannya.
Menurut dokumen tender yang dilihat oleh The Straits Times (ST), politeknik di Clementi Road itu sedang mencari penyedia khidmat luar untuk mengendalikan khidmat itu, yang bertujuan menawarkan saluran bagi menimbulkan keprihatinan dan menerima maklum balas...





