SATU kumpulan kerja baru akan dibentuk dengan kerjasama di antara Yayasan Mendaki dan Pejabat Kajian Pendidikan (OER) Institut Pendidikan Nasional (NIE). Pembentukan kumpulan kerja itu bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan membantu mereka program-program kelolaan Mendaki, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad. Encik Zaqy yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, membuat pengumuman itu semasa Simposium Pendidikan Mendaki...





