BAK kata pepatah, fesyen Hari Raya, tidak lapuk dek hujan dan tidak pernah lekang dek panas.
Sehingga hari ini, kita dapat lihat kaum hawa masih dengan bangganya memperagakan baju kebaya moden atau tradisional atau baju kurung.
BAK kata pepatah, fesyen Hari Raya, tidak lapuk dek hujan dan tidak pernah lekang dek panas.
Sehingga hari ini, kita dapat lihat kaum hawa masih dengan bangganya memperagakan baju kebaya moden atau tradisional atau baju kurung.
Pegawai agama di masjid, yang terdiri daripada asatizah setempat, akan diberi bimbingan tambahan bagi memberi tindak balas kepada soalan keagamaan dan isu baharu dalam masyarakat, kata Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Mereka juga akan dilengkapi kemahiran mengenal pasti keperluan penjagaan kerohanian di bawah rangka kerja yang sedang dibangunkan lembaga berkanun tersebut.
Pemandu pasukan Red Bull, Max Verstappen, memenangi perlumbaan pecut di perlumbaab Formula Satu (F1) Grand Prix Singapore Airlines Singapura pada 10 Oktober. Beliau mendahului dua pemandu Ferrari, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, di Litar Marina Bay. Memulakan perlumbaan di petak pertama dalam keadaan cuaca berjerebu dan hujan, Verstappen melintasi garisan penamat untuk meraih lapan mata maksimum dalam acara 20 pusingan...
Penduduk boleh menghantar telefon bimbit, tablet dan komputer riba terpakai ke pusat kutipan Shopee dan lokar di estet perumahan menerusi projek perintis kitar semula sisa elektronik (e-sisa) selama enam bulan.
Usaha syarikat ALBA E-waste Smart Recycling itu turut memastikan data peribadi dimusnahkan dengan selamat, dan pengguna menerima sijil pengesahan pemusnahan data.
Satu-satunya hospital psikiatri Singapura, Institut Kesihatan Mental (IMH), akan dinamakan semula sebagai Pusat Nasional bagi Kesihatan Mental Singapura (NCMHS) pada 2027, bagi mencerminkan perubahan pendekatan negara terhadap penjagaan psikiatri.
Ketika mengetengahkan peningkatan masalah kesihatan mental, Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial merangkap Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menggariskan rombakan penjagaan psikiatri.
Sekumpulan kakitangan sedang mengisi pelitup N95 ke dalam mesin layan diri dalam gambar yang dikongsi oleh Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada 10 Oktober.
Mesin-mesin layan diri itu kini berada di sebuah gedung dan akan dipindahkan ke 37 hab pengangkutan awam dan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) apabila diperlukan.





