SYARIKAT Singapore Telecommunications berkata ia menjangka kerugian luar biasa sekitar $1.21 bilion bagi laporan akhir tahunannya, berikutan kerugian dua unit aset yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Amobee dan firma keselamatan siber Trustwave Holdings.
Singtel juga telah memulakan semakan strategik untuk meneroka pilihan bagi kededua perniagaan itu yang merangkumi penyusunan semula produk, penghapusan sebahagian atau sepenuhnya kededua unit, atau gabungan...





