PFIZER sedang menanti kebenaran bagi vaksin Covid-19 yang dikeluarkannya digunakan buat golongan muda berusia 12 tahun ke atas, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing pada Ahad (16 Mei).
Beliau menambah kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi rancangan memberi vaksinasi kepada kumpulan ini apabila vaksin itu tersedia dan diberi lampu hijau.





