LAMPU hijau sudah diberi bagi mereka yang berusia antara 12 dengan 15 tahun bagi menjalani suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung pada Selasa (18 Mei).
Mendedahkan demikian di sidang media maya, Encik Ong yang mempengerusikan bersama pasukan bertindak berbilang kementerian berkata, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah memperluas penggunaan rasminya bagi kumpulan anak muda ini agar mereka...






