VAKSIN Pfizer-BioNTech selamat dan berkesan bagi kanak-kanak berusia antara 12 hingga 15 tahun, kata Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 pada Jumaat malam (21 Mei) sebagai respons kepada surat terbuka yang ditulis beberapa doktor yang kemudian ditarik balik.
"Vaksin Pfizer-BioNTech buat masa ini adalah satu-satunya vaksin Covid-19 di mana-mana dalam dunia yang telah diluluskan penggunaannya bagi remaja antara usia 12 hingga...





