LEBIH 900,000 orang di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada hari Jumaat (2 April).
Pada masa yang sama, beliau menggesa penduduk Singapura untuk terus berwaspada semasa hujung minggu Easter ini, dan agar orang ramai terus mematuhi garis panduan pengurusan selamat.





