BEKAS pembantu rumah warga Indonesia yang dibebaskan daripada tuduhan mencuri daripada majikannya, kini memutuskan menuntut pampasan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).
Cik Parti Liyani orang pertama membuat permohonan menuntut pampasan di bawah Seksyen 359(3) Kod Prosedur Jenayah, yang diperkenal pada 2010, pendakwa raya memberitahu Mahkamah Tinggi semalam.





