NEW DELHI: India sebagai negara pengeluar vaksin Covid-19 terbesar dunia kini mengalami kesukaran untuk menyediakan dos yang mencukupi bagi penduduknya, selepas negara itu dilanda gelombang kedua pandemik berkenaan.
Agensi berita melaporkan, gelombang kedua yang bermula pada Mac lepas menyaksikan negara itu mencatatkan jumlah kes harian tertinggi pada Jumaat (16 April), iaitu sebanyak 217,353 kes, berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan...





