SEORANG pekerja Bangladesh berusia 37 tahun terkorban pada Khamis (22 April) setelah sebahagian mesin pengorek menimpanya.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menjelaskan lelaki itu sedang membantu rakan sekerjanya mengangkat bingkai keluli dengan menggunakan mesin pengorek yang dipasang dengan lekapan jeriji pemecah konkrit.





