SEORANG wanita 42 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (28 April) kerana kesalahan menyakiti bekas pembantu rumah Indonesianya.
Dia dituduh melekapkan seterika panas pada lengan kanan pembantu itu berulang kali di samping menumbuk mata wanita itu dengan buku limanya atau mengibasnya dengan penyangkut baju.





