SATU laluan berjalan dan berbasikal baru sepanjang 62 kilometer yang menghubungkan Tuas dengan Changi sedang dirancangkan.
Laluan C2C (pantai ke pantai) Southern Trail itu merupakan antara empat laluan riadah yang diumumkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada Khamis (4 Mac) sewaktu bahas belanjawan kementerian beliau di Parlimen.





