SEKITAR 60 tapak sekitar Singapura telah dikenal pasti untuk projek mengubah jalan raya menjadi laluan pejalan kaki, berbasikal atau laluan bas.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kini dalam perbincangan dengan anggota masyarakat berkaitan lima daripada 60 projek itu, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, di perbahasan belanjawan Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam.





