WANITA Singapura telah mencapai kemajuan yang baik, namun perlu satu perubahan dasar corak pemikiran untuk mendorong kemajuan mereka yang lebih meluas dalam masyarakat.
Dalam wawancara dengan Berita Harian menjelang sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini dan Tahun Raikan Wanita yang diisytihar pemerintah bagi 2021, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata sebagai sebuah masyarakat, Singapura perlu...





