MENDAKI Sense semalam mengumumkan pelantikan pengarah eksekutif baru, Encik Benjie Ng Ser Kwei yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Encik Faiz Selamat bermula sejak kelmarin.
Dalam kenyataannya, anak syarikat Yayasan Mendaki itu berkata, Encik Ng mempunyai pengalaman dan perspektif yang luas dalam pendidikan lanjutan serta jaringan luas dengan perusahaan dan usahawan.





