SEMASA bekerja di sebuah syarikat penurunan berat badan dan syarikat penjagaan kulit, seorang wanita telah mencipta pakej kecantikan - yang tidak ditawarkan oleh kedua-dua perniagaan itu - dan menipu 24 mangsa lebih $630,000.
Daripada jumlah yang ditipu, mangsa menyerahkan sekurang-kurangnya $269,992.82 kepada Ong Siok Yong, dan selebihnya kepada dua syarikat itu.





