MALAYSIA telah membayar Singapura pampasan bernilai lebih $102 juta bagi pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).
Menurut satu kenyataan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Unit Perancangan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Malaysia semalam, pembayaran sebanyak $102,815,576 (RM320,270,519) dibuat bagi kos yang dikeluarkan Singapura untuk pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penangguhan projek itu.





