DENGAN adanya vaksin bagi mengatasi Covid-19, kini wujud harapan dan sikap optimis lebih besar di Singapura, kata Presiden Halimah Yacob dalam ucapan Tahun Baru Cinanya semalam.
Tetapi beliau mengingatkan orang ramai agar terus mengamalkan jarak selamat dalam musim perayaan ini, dan menggalak penduduk agar mendapatkan vaksin.





