EKONOMI Singapura mengecut 5.8 peratus tahun lalu, menurut ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.
Bagi suku keempat 2020, ekonomi merosot 3.8 peratus berbanding tempoh sama 2019, lebih baik berbanding kejatuhan 5.6 peratus pada suku ketiga setelah lebih banyak sekatan berkaitan Covid-19 ke atas kegiatan ekonomi ditarik balik.





