Dalam pada itu, Leicester City naik menduduki tangga ketiga liga selepas gol babak kedua James Maddison dan Youri Tielemans menjamin kemenangan 2-1 dalam lawatan ke Newcastle United kelmarin.
Jaringan pemain gantian Andy Carroll bagi pasukan tuan rumah mencetuskan saat-saat akhir perlawanan yang mendebarkan tetapi Leicester tampil sebagai pemenang yang wajar.





