GEDUNG peralatan rumah Courts akan mengambil-alih ruang jualan utama di The Heeren yang sudah dikosongkan oleh gedung Robinsons bulan lalu.
Courts juga akan menjadikan cawangan di situ kedai perdana barunya yang akan mengisi kesemua enam tingkat ruang jualan The Heeren. Justeru, cawangan terbesar Courts di Singapura adalah di sini apabila ia dibuka suku pertama 2022.





