GEDUNG perabot dan peralatan elektronik Courts akan mengambil alih lokasi utama di The Heeren yang dikosongkan oleh gedung runcit Robinsons bulan lepas, dan akan menjadikan cawangan itu sebagai cawangan utamanya.
Cawangan itu akan mengambil keenam-enam tingkat di The Heeren, menjadikannya gedung runcit Courts yang terbesar di Singapura apabila dibuka pada suku pertama 2022.





