Saudara yang budiman. Saya bagaikan disuntik bisa keresahan. Resah yang amat sangat kerana sebuah idaman. Idaman seorang isteri tersayang. Untuk menghilangkan bisa itu, saya hanya ada satu penawar. Ya, hanya satu saja penawar. Dengan kata lain, tiada jalan lain. Harus keluar mencarinya dan harus berjaya pula mendapatkannya.
Kalau tidak, kempunanlah isteri saya. Kecewalah dia. Lebih tepat kempunanlah dan kecewalah juga...





