KELUARGA Lim Shiow Rong, seorang kanak-kanak yang dibunuh ketika berusia tujuh tahun, diberi jaminan bahawa siasatan masih diteruskan lebih 25 tahun selepas kematiannya.
Ibu kanak-kanak itu, Cik Ang Goon Lay, 65 tahun, dan seorang lagi anak beliau, Cik Lim Jia Hui, 27 tahun, dipanggil ke Jabatan Siasatan Jenayah (CID) pagi semalam, dan seorang pegawai daripada Bahagian Siasatan Khas memberitahu mereka...





