MAHKAMAH semalam memutuskan Hospital Besar Changi (CGH) perlu membayar $326,620 kepada keluarga seorang wanita yang meninggal dunia setelah memenangi kes terhadap hospital itu, yang didapati cuai dalam menangguhkan diagnosis barah paru-parunya.
Dalam keputusan penghakimannya semalam, Hakim Belinda Ang menentukan sebanyak $304,000 sebagai ganti rugi kepada keluarga Noor Azlin Abdul Rahman, antara lain bagi kesakitan yang dialaminya, dan $22,620 lagi untuk...





