KUMPULAN pertama askar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 14 Januari lalu dan ia merancang menjalankan vaksinasi bagi kebanyakan askar lain menjelang pertengahan tahun, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad menyertai 20 kakitangan SAF untuk menerima vaksin minggu lalu di...





