MELBOURNE: Tengkarah mengenai kuarantin dan layanan yang diberikan kepada pemain tenis terbaik dunia telah memberi tumpuan yang tidak diingini kepada mereka yang tiba di Melbourne menjelang Terbuka Australia bulan depan.
Sebahagian pemain telah meluahkan rasa kurang senang dikurung di bilik hotel sepanjang hari, sementara segolongan penduduk di Melbourne - kota yang melalui tempoh sekatan yang antara paling lama di dunia...





