SEORANG pegawai polis telah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan berhubung kes mencabul kehormatan dua pekerja wanita bawahan semasa bertugas dalam kejadian berasingan.
Lelaki itu, yang melakukan kesalahan tersebut antara 2015 dan 2019, mengaku bersalah atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan satu tuduhan menghina kehormatan wanita.





