DEBARAN yang memuncak di dada Farhan Shah pada minggu pertama pertandingan Big Stage (Musim 5) 2023 pada 7 Mei lalu memang tidak dapat disangkal.
Bakat Singapura yang sebelum ini merupakan peserta Singapore Idol 3 dan telah melangkah jauh ke pentas Kejuaraan Seni Pementasan Sedunia (WCOPA) di Hollywood sekitar Los Angeles, Amerika Syarikat, nyaris-nyaris tersingkir kerana mendapat markah paling rendah dalam...





