ANGGOTA Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team bakal mendapat kredit digital bernilai $100 dan keahlian Safra atau HomeTeamNS percuma selama setahun bagi menyambut ulang tahun ke-55 Perkhidmatan Negara (NS) tahun ini.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata ia akan menjadi sebahagian Pakej Pengiktirafan NS55 bagi menghargai NSmen yang berperanan mempertahan...






