PALANG Merah Singapura (SRC) telah menghantar bantuan bernilai $1.12 juta ke Ukraine dan enam negara jirannya, di bawah tahap ketiga bantuan bagi membantu rakyat Ukraine yang terjejas akibat krisis pelarian ekoran perang di negara itu.
Selain itu, SRC telah mengerahkan sebuah pasukan dua orang ke negara jiran yang menjadi tuan rumah majoriti pelarian Ukraine, termasuk Hungary, Lithuania, Poland dan Slovakia,...





