PASANGAN pengantin baru yang meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Jawa Timur, Indonesia, awal minggu ini telah selamat dikebumikan di sini semalam.
Jenazah Firdaus Harun Rashid, 31 tahun, seorang warga Singapura, dan isterinya Amal Sheikh Al Aidros Al Haddad, yang berasal dari Yaman, tiba di Singapura sekitar tengah hari dan dibawa ke Masjid Pusara Aman untuk solat...





