PENJUAL ayam segar dan pemilik gerai makanan tidak begitu bimbang tentang bekalan ayam di sini, seminggu selepas larangan eksport ayam segar dari Malaysia ke Singapura dikuat kuasa pada 1 Jun lalu.
Ini kerana bekalan ayam masih mencukupi, malah terdapat alternatif lain seperti ayam beku buat perniagaan, demikian menurut tinjauan rambang Berita Harian (BH) terhadap lapan penjual ayam segar dan pemilik...





