PASARAN semikonduktor setempat cergas dengan kiriman ke China meningkat.
Menurut data kastam China terkini, yang ditukil The Business Times, China mengimport mesin pembuatan cip bernilai AS$407 (S$548 juta) dari Singapura pada April.
PASARAN semikonduktor setempat cergas dengan kiriman ke China meningkat.
Menurut data kastam China terkini, yang ditukil The Business Times, China mengimport mesin pembuatan cip bernilai AS$407 (S$548 juta) dari Singapura pada April.
Atlet Paralimpik Singapura yang paling berjaya, Yip Pin Xiu, telah dianugerahkan ijazah kehormat daripada Universiti Glasgow.
Pemenang pingat emas Paralimpik sebanyak tujuh kali itu diiktiraf atas pencapaian sukan beliau yang luar biasa serta sumbangannya dalam memajukan inklusiviti dan peluang bagi golongan individu kurang upaya dalam satu majlis sambutan khas sempena ulang tahun ke-575 Universiti Glasgow di Singapura.
Ustaz Muhammad Jalaluddeen Saukat Ali, 44 tahun, akan menggalas jawatan Naib Konsul (Haji) di Konsulat-Jeneral Singapura di Jeddah mulai Disember.
Beliau, yang bertugas sebagai pengurus di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), dikerahkan secara sementara ke Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.
TEHERAN: Menteri Luar Iran, Encik Abbas Araghchi, berkata pada 20 Oktober Russia dan Iran tidak pernah bekerjasama seerat sekarang, ketika Moscow berusaha memainkan peranan sebagai pengantara dalam perang di Timur Tengah.
Encik Araghchi menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Russia, Encik Sergei Lavrov, di Iran pada 19 Oktober, dalam lawatan pertama Encik Lavrov sejak pertempuran itu tercetus.
Walaupun tiada siapa yang meragui bahawa tugas menggantikan Oliver Glasner sebagai pengurus Crystal Palace merupakan cabaran yang sukar, kedudukan Pierre Sage kini dipantau dengan teliti.
Keputusan buruk yang berterusan, termasuk kekalahan besar 5-0 kepada Brighton pada 18 Oktober lalu, menjadikan minggu ini detik penting dalam menentukan masa depan Sage bersama kelab itu.
WASHINGTON: Lulusan Universiti Columbia, Encik Mahmoud Khalil, pada 19 Oktober memohon Mahkamah Agung Amerika Syarikat membatalkan keputusan yang membuka ruang kepada pentadbiran Presiden Amerika, Encik Donald Trump, untuk menahan semula dan mengusir aktivis Palestin berkenaan.
Peguam Encik Khalil memohon kepada para hakim agar mengambil kes itu selepas Mahkamah Rayuan Amerika bagi Litar Ketiga yang berpangkalan di Philadelphia memutuskan bahawa undang-undang...





