MOSCOW/WASHINGTON: Russia mengutuk Senator Amerika Syarikat, Encik Lindsey Graham, pada Ahad lalu kerana memberitahu Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, semasa lawatannya ke Kyiv bahawa sokongan Amerika kepada Ukraine adalah perbelanjaan yang terbaik oleh Washington dan “Russia sedang menghadapi kematian”.
Dalam pertemuan antara mereka pada Jumaat lalu, Encik Zelensky memberitahu Encik Graham bahawa “sekarang kami telah bebas”.





