BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo akan berada di Singapura pada Jumaat dan Sabtu untuk acara yang dipanggil hujung minggu #BeSIUPER.
Pemenang lima kali Ballon d’Or itu, yang berpindah ke kelab Arab Saudi Al Nassr pada bayaran AS$200 juta ($270.4 juta) pada Januari, akan mengunjungi kota Singa bagi menyokong beberapa biasiswa yang dibangunkan kawan lamanya, dermawan Peter Lim.





