KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undian paling tinggi oleh rakyat Malaysia sebagai individu yang layak memegang jawatan perdana menteri menerusi satu kaji selidik yang dijalankan pusat penyelidikan pendapat awam, Endeavour-MGC.
Kaji selidik yang dijalankan antara 4 dengan 18 April lalu disertai seramai 1,068 responden meliputi semua kaum, termasuk 791 responden Melayu yang dipilih melalui sampel rawak.





