HADIR untuk menyaksikan dan menyokong persembahan bapanya membuat persembahan muzik bersama pancaragam Pasukan Polis Singapura (SPF) sudah menjadi kelaziman bagi Staf Sarjan (SSGT) Natassha Lydia Julaimi sejak beliau kecil lagi. Bapanya, Inspektor Balai (SI) Julaimi Jamali, telah menyertai pasukan itu sejak 1995.
SSGT Natassha Lydia, lulusan Maktab Seni LASALLE dari jurusan Penerbitan Audio, tidak menyangka akan mengikuti jejak langkah bapanya...





