ESTONIA, salah satu ekonomi paling maju dari segi digital di Kesatuan Eropah (EU), pada Isnin membuka premis baru bagi kedutaannya serta sebuah hab perdagangan dan perniagaan di Singapura.
Hab Perniagaan Estonia, yang terletak di 18 Robinson Road di tengah kawasan pusat bandar Singapura, akan berfungsi sebagai wadah bagi kedua-dua negara memperkukuh pertalian pelaburan dan perdagangan.





