SEMBCORP Industries mengumumkan pada Isnin bahawa anak syarikatnya, SemCorp Gas, telah menandatangani satu perjanjian untuk mengimport gas asli bernilai $1.9 bilion dari medan gas Natuna Barat, Indonesia.
Dalam pemfailan bursa, Sembcorp berkata perjanjian itu menambah bekalan gas asli sedia ada daripada sumber paip dan cecair, dan akan membolehkan syarikat itu mengekalkan kedudukannya sebagai pengimport gas asli terkemuka Singapura.





