MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) telah menyangkal dakwaan seorang guru agama bahawa asatizah yang menentang masyarakat lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) diberi surat amaran.
Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, Muis dan ARB berkata ARB tidak pernah mengeluarkan surat amaran kepada seorang asatizah atas dasar beliau berpandangan bahawa Islam tidak membenarkan homoseksualiti atau perkahwinan sejenis...





