Terdapat peluang untuk kerjasama lebih erat antara Amerika Syarikat dengan Singapura dalam penjagaan kesihatan, dengan Amerika menjadi pembawa pembaharuan dan Singapura sebagai pelaksana inovatif, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.
Dalam ucapannya di Persidangan Penjagaan Kesihatan Dewan Perniagaan Amerika di Singapura pada Khamis, Encik Ong menyebut tiga bidang kerjasama yang boleh diusahakan kedua-dua negara iaitu kesihatan digital, perubatan jitu...





