RUMAH masuk air, lantai pecah, siling jatuh, perabot diserang anai-anai dan najis bersepah.
Bak mimpi ngeri yang menjadi nyata, inilah realiti pahit yang perlu dihadapi sesetengah warga Singapura tatkala kembali mengunjungi rumah mereka di Johor Bahru selepas lebih dua tahun terpaksa dibiarkan dek sekatan sempadan Covid-19.





