Warga Singapura daripada Generasi Perintis dan Merdeka akan menerima tambah nilai MediSave antara $200 dengan $1,100 pada Julai.
Secara keseluruhan, sebanyak $254 juta akan diberikan pemerintah kepada warga Singapura – turun daripada $270 juta pada 2022, menurut Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat.





