Unit anti-penipuan perlu ditubuhkan di negara berbeza untuk memerangi sindiket penipuan rentas negara dan mendapatkan semula hasil yang telah dipindahkan merentasi sempadan.
Berucap semasa upacara pembukaan Persidangan Anti Penipuan Serantau 2023 di Kompleks Cantonment Polis pada Selasa, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata apabila hasil penipuan dipindahkan merentasi sempadan, penguatkuasaan menjadi sangat...





